
Seko yang mempunyai pengalaman luas dan rekod pencapaian cemerlang di Kumpulan AEON menggantikan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed yang menerajui syarikat selama dua tahun.
Beliau memulakan kerjaya di AEON Co Ltd Jepun pada 1993, kemudian dilantik sebagai pengurus Jabatan Sumber Manusia Kumpulan sebelum mengisi jawatan pengurus besar jabatan itu pada 2015.
Seko berkhidmat sebagai pengurus besar kanan AEON (Cambodia) Co Ltd dari 2018 hingga 2021, kemudian dilantik pengerusi dan pengarah urusan AEON (Cambodia) Co Ltd.
Sebelum menyertai AEON BiG, Seko memegang jawatan timbalan pengarah urusan AEON Co (M) Bhd yang berperanan penting dalam menerajui pengawalseliaan dan penambahbaikan proses di syarikat itu.
“Pelantikan Seko adalah detik penting bagi AEON BiG dan syarikat yakin bawah kepimpinannya, AEON BiG akan terus menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai hebat kepada pelanggannya,” katanya dalam kenyataan.
AEON BiG turut merakamkan penghargaan kepada Sheikh Farouk atas khidmat bakti dan kepimpinannya sepanjang memegang jawatan pengarah urusan.
“Bawah bimbingan beliau, AEON BiG mencapai pelbagai pencapaian penting dan memupuk budaya kecemerlangan serta inovasi.
“Komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap organisasi meninggalkan kesan yang kekal, dan kami mengharapkan kejayaan berterusan dalam usahanya akan datang,” katanya.