
Musim raya sudah tiba dan semua orang semakin sibuk melakukan persiapan menyambut Aidilfitri bakal menjelang.
Hari Raya Aidilfitri ialah masa untuk mengukuhkan iman, mengundang kesyukuran dan berbalas kemaafan bersama keluarga dan sahabat handai, namun ia juga boleh menimbulkan kucar-kacir dan membawa tekanan. Terlalu banyak kerja perlu dilakukan – rumah harus dipersiap untuk menerima kunjungan; hadiah perlu dibeli untuk saudara mara dan teman-teman; juadah harus disediakan untuk tetamu dan keluarga di rumah, mungkin dengan resipi turun-temurun yang ingin dicuba.
Raya juga masa untuk mengimbau ingatan, nostalgia indah bersama insan tersayang masih hidup, mahupun yang sudah tiada untuk berkongsi kegirangan.
Bagi sesetengah orang, hari raya membawa lebih tekanan untuk membuat persiapan yang sempurna. Generasi muda diharapkan dapat mencapai standard ditetapkan oleh ibu bapa dan generasi lebih tua. Tambahan bagi menantu perempuan, mereka mungkin perlu membuat yang terbaik untuk memenangi hati semua orang.
Menghulurkan bantuan seperti lazimnya, AEON BiG menawarkan pilihan lebih pelbagai dengan nilai hebat sepanjang musim raya ini. Sebagai salah satu pasar raya besar terkemuka di Malaysia, AEON BiG menyediakan segala-galanya di bawah satu bumbung, dengan pelbagai jenis hasil tanaman segar serta keperluan selain makanan yang penting bagi semua orang pada musim perayaan ini.
Dan dengan 21 cawangan, AEON BiG menawarkan kemudahan membeli-belah yang lancar kepada jutaan pelanggan.
Menambah kepada keriuhan musim raya, muncul pelbagai promosi dan video merebut perhatian kita. Pelbagai klip video dan filem web diterbitkan pada musim raya ini, ada yang penuh keriangan dan kegembiraan, ada yang kelakar. Ada juga yang menyedihkan, membuat kita berfikir, menyampaikan sesuatu mesej, atau menggamit perasaan sehingga kadang-kadang membuat kita menitiskan air mata.
AEON BiG membawakan secebis kisah realiti kehidupan dalam filem web rayanya musim ini. Adakah ia menasihati kita untuk tidak membuat kesimpulan atau menilai terlalu cepat? Adakah ia mengajar kita bersabar dan bersikap lebih memahami atau menunjukkan kepada kita bahawa kenangan dianggap remeh itulah paling bermakna? Apa pendapat anda?
Tonton filem web ini untuk mengetahuinya: