Warga Pakistan maut direnjat elektrik di tapak karnival

Warga Pakistan maut direnjat elektrik di tapak karnival

Polis berkata, punca kematian mangsa akibat renjatan elektrik dan tiada tanda-tanda disebabkan jenayah.

Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata mangsa terkena renjatan elektrik ketika memegang besi khemah sebuah gerai di tapak karnival makanan semasa hujan lebat.
PETALING JAYA:
Seorang warga Pakistan maut terkena renjatan elektrik di tapak karnival makanan belakang sebuah pasar raya di Kuala Selangor semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama seorang rakannya berada di tapak karnival itu semasa hujan lebat.

Beliau berkata, rakan mangsa memaklumkan lelaki 32 tahun itu memegang besi khemah sebuah gerai dan terjatuh selepas terkena renjatan elektrik.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke pentas utama untuk bantuan awal.

Katanya, polis menerima maklumat pada 8.50 malam dan tiba di tempat kejadian mendapati mangsa terbaring serta meninggal dunia di atas pentas utama.

Ambia berkata mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat.

“Punca kematian mangsa disebabkan renjatan elektrik dan tiada tanda-tanda punca kematian disebabkan jenayah,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.