Mayat bayi ditemui tertanam dalam simen

Mayat bayi ditemui tertanam dalam simen

Mayat terbabit ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, Ipoh tengah hari tadi.

Mayat bayi yang belum dikenal pasti jantina itu ditemukan individu yang mahu membuat pengubahsuaian sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh. (Gambar Facebook)
IPOH:
Mayat dipercayai bayi ditemukan tertanam dalam lantai simen halaman sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di sini tengah hari tadi.

Mayat yang belum diketahui jantina dan anggaran usia itu dipercayai ditemukan oleh individu yang mahu membuat pengubahsuaian rumah berkenaan.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Belum dapat fakta lengkap, setakat ini hanya maklumat awal dan maklumat lanjut akan dikongsi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.