
Ketua Polis Serdang AA Anbalagan berkata, berdasarkan dokumen yang ditemukan di tempat kejadian, mangsa dipercayai warga Indonesia berusia 43 tahun, dikenali sebagai Udikalifan.
“Polis menerima laporan pada 11.45 pagi tadi mengenai penemuan mayat berkenaan oleh seorang wanita tempatan, di dalam semak selepas terowong pusingan U berhampiran KTM Serdang.
“Mayat didapati dalam keadaan terbakar tetapi tidak rentung sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.
Anbalagan berkata, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang diminta hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.