
“Tanya pembangkang…belum dapat lagi, belum dapat respons daripada mereka,” katanya ringkas selepas Majlis TVET Competent Suruhanjaya Tenaga (ST) – Energy Transition Catalyst di sini.
Pada 20 Ogos lalu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan dilaporkan sudah menerima draf MoU itu dan akan membincangkannya dalam masa terdekat.
Pada 9 Julai lepas, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan.
Ini kerana, katanya, syarat ditetapkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.
Draf MoU penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang antara lain akan memfokuskan usaha membangun dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.