Politik Melayu lebih toksik akibat media sosial, kata penganalisis

Politik Melayu lebih toksik akibat media sosial, kata penganalisis

Asrul Hadi Abdullah Sani berkata maklumat termasuk fitnah lebih mudah diakses dan diperbesarkan media sosial.

SOCIAL MEDIA RESIZE PHOTO
Asrul Hadi Abdullah Sani berkata sebelum media sosial muncul, surat layang lazim diedarkan khasnya ketika Perhimpunan Agung Umno.
PETALING JAYA:
Politik toksik sering menjadi sebahagian landskap politik Melayu walaupun kaedahnya berkembang dengan peningkatan teknologi, kata seorang penganalisis.

Asrul Hadi Abdullah Sani berkata, sebelum media sosial muncul, surat layang lazim diedarkan khasnya ketika Perhimpunan Agung Umno.

Beliau berkata, orang ramai kini mempunyai akses lebih mudah kepada maklumat dan dengannya kandungan fitnah diperbesarkan media sosial.

“Fitnah dan politik toksik kekal sama, tetapi metodologinya berkembang,” katanya kepada FMT sambil menambah tidak lama dahulu, masjid dan surau di kawasan tertentu didominasi parti politik tertentu.

Rabu lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dilaporkan berkata politik matang, sopan, bernas dan bersandarkan idea terbaik sudah mati di persada politik orang Melayu.

“Orang Melayu mesti disedarkan bahawa politik kebencian dan toksik melampau ini akan menjadikan kita antiakal, antikebenaran dan anti segala-galanya.”

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagaimanapun berkata, politik matang belum sampai tahap mati, tetapi mengakui ia kembali merosot.

“Daripada membincangkan apa yang perlu dilakukan, politik hanya menjadi permainan tuding jari,” katanya.

Bila ia bermula?

Syaza berkata, politik toksik mula berlaku selepas PRU14 pada 2018 dan kebangkitan kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan rasa tidak yakin dalam kalangan ahli politik Melayu.

“Jadi, mereka mula menggunakan taktik toksik, populis ini terhadap PH. Orang ramai mempercayainya kerana ia lebih mudah berbanding mengadakan perbincangan rumit mengenai dasar.”

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, ia mula berakar umbi semasa PRU14, dengan kempen PAS banyak bergantung kepada isu berkaitan kaum, agama, raja (3R).

“Modus operandi mereka ketika itu adalah menumpukan isu 3R yang membolehkan mereka mengelak membincangkan dasar. Sebaliknya, mereka bergantung kepada retorik, yang menarik kepada sentimen kumpulan tertentu – orang Melayu-Islam.”

Menurutnya, PRU14 adalah apabila retorik mengatasi dasar dan gaya berkempen ini membantu PAS mengatasi Umno yang pernah berkuasa dahulu mengalami kekalahan bersejarah.

Salah siapa?

Azmi berkata, ahli politik mula bergantung kepada retorik untuk kelebihan politik kerana mereka tidak perlu melakukan kerja rumah mengenai isu sebenar yang memberi kesan kepada negara.

Katanya, penggunaan retorik dalam ceramah menyebabkan ahli politik diminati rakyat, walaupun ucapan mereka tiada intipati, selain berkempen semata-mata berdasarkan dasar lengkap dengan data dan statistik tidak seksi atau boleh dikaitkan.

Menurutnya, untuk mengembalikan politik matang, rakyat perlu mengekalkan ahli politik pada standard lebih tinggi dengan bertanya ‘soalan sukar’ kepada mereka.

Syaza berkata, pemimpin parti perlu menunjukkan azam politik diperlukan bagi menghapuskan politik toksik dan meneruskan wacana lebih matang.

Asrul berpendapat, Ahli Parlimen perlu menjadi ‘standard emas’ terhadap cara ahli politik perlu berkelakuan dan parti politik mesti bergerak melangkaui kaum serta agama dengan memfokuskan isu punca pendapatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.