
Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy berkata operasi dihentikan pada 7 malam tadi dan akan bersambung semula pada 9 pagi esok.
“Dua lurang terakhir telah pun kita buat pencarian, malangnya kita tidak menjumpai sebarang petunjuk,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
“Kita tak hentikan pencarian ini sehingga kita jumpa mangsa,esok kita akan sambung balik pencarian.”
Operasi pencarian wanita warga India terbabit hari ini tertumpu pada enam lurang kumbahan di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar, dan Jalan Kinabalu.
Pencarian dilakukan sepanjang saluran kumbahan itu yang akan berakhir di Loji Rawatan Kumbahan IWK Pantai Dalam.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi semalam, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam kira-kira lapan meter.