
DBKL berkata kerja pembaikan di Jalan Bunus dijalankan dan disiapkan pada 6 petang tadi.
“DBKL akan meneruskan pemantauan rapi serta melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa keselamatan orang awam kekal sebagai keutamaan.
Sebahagian jalan di hadapan kedai Bombay Jewellery ditutup sekitar pukul 8.40 pagi tadi selepas ia mendap.
Pada 23 Ogos tahun lalu, seorang pelancong India, G Vijaya Lakshmi, 48, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m yang tiba-tiba terbentuk di Jalan Masjid India.
Punca kejadian itu dikenal pasti berpunca daripada paip pembetung pecah selepas mengalami hakisan akibat tindak balas kimia serta ketidakstabilan tanah.