MB Pahang nafi dakwaan tanah rizab Melayu semakin berkurang

MB Pahang nafi dakwaan tanah rizab Melayu semakin berkurang

Sebaliknya kawasan tanah rizab semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar.

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail nafi sekeras-kerasnya dakwaan yang tersebar di TikTok berkait tanah rizab Melayu di Pahang. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan tanah rizab Melayu di negeri itu semakin berkurangan seperti yang tersebar di TikTok.

Sebaliknya, kawasan tanah rizab Melayu sejak 1955 hingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar berbanding keluasan negeri Pahang 3,597,206.68 hektar, iaitu pertambahan daripada 6% kepada 12.34%.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya hantaran itu dan ia merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri sentiasa memastikan tanah rizab Melayu terus dipertahan selain akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan menyemak kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu dengan pihak berwajib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.