
‘Petarung istimewa’ itu akan membuat perhitungan dengan wakil Wilayah Persekutuan, Insyad Rumijam yang menewaskan Muhammad Hafiz Daniel Roslan dari Kedah 18-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Terdahulu, pertarungan separuh akhir yang berlangsung di Naim Paragon Streetmall menyaksikan pemenang pingat perak edisi lepas itu menundukkan Muhammad Ridzuan Makueta dari Selangor 13-3 untuk mengesahkan tempat di final.
Shahdam yang yang kudung pergelangan tangan kiri akibat terkena mesin tebu semasa kecil, tampil garang pada pusingan pertama untuk unggul dengan enam mata berbalas dua.
Atlet berusia 20 tahun itu menjarakkan jurang dengan memungut empat mata (pusingan kedua) dan tiga mata (pusingan ketiga) berbanding Ridzuan sekadar tiga mata (pusingan ketiga) sekali gus mengetepikan cabaran atlet Selangor itu.
Pada edisi lepas, Shahdam tewas kepada wakil Perak yang juga juara dunia, Mohd Rifdean Masdor di final kategori 45-48kg.
Saingan acara muay thai menawarkan 18 pingat emas dan akan berlangsung hingga 20 Ogos ini.