
Bagaimanapun, Samsuri berkata jumlahya belum ditentukan sementara menunggu laporan penuh membabitkan pencapaian penuh kontinjen negeri itu pada temasya di Sarawak terbabit.
“Ini juga termasuk apa yang diperoleh oleh pihak yang menghantar tanpa melalui kerajaan negeri (atlet terjun wanita) dan kita akan buat keputusan kemudian,” katanya menurut Sinar Harian.
Pada Sukma Sarawak, dua atlet wanita acara terjun – Uzlifatil Jannah Ashraf dan Ilyssa Ixora Imran dihantar ‘tanpa pengetahuan’ oleh Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT).
Terengganu sebelum ini melarang penyertaan wanita Muslim dalam acara itu kerana melanggar kod etika berpakaian.
Uzlifatil dan Ilyssa berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori 10m platform seirama wanita, selain Uzlifatil juga menang gangsa bagi kategori 1m papan anjal.
Semalam, PRAT memohon maaf atas kesilapan menghantar penerjun wanita Muslim tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak senang masyarakat.
Presiden Toh Chin Yaw, berkata salah faham berlaku berkait kod etika berpakaian yang dianggap ‘perkara biasa’ memandangkan pemakaian bagi acara terjun diseragamkan di peringkat antarabangsa dalam mana-mana kejohanan.