
Polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira dari arah Kuala Perlis menghala ke Kolej Komuniti Arau itu pada pada 8.15 pagi, kata Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu Proton Wira itu, seorang penuntut lelaki Kolej Komuniti Arau berusia 19 tahun, dipercayai terlelap menyebabkan dia hilang kawalan ke atas kenderaan itu.
Susulan itu, kenderaan itu terbabas lalu melanggar pokok di bahagian kiri jalan, lapor Bernama.
Akibat kemalangan itu, seorang penuntut perempuan berusia 18 tahun yang berada di tempat duduk hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu dan seorang lagi penuntut perempuan berusia 18 tahun yang berada di tempat duduk belakang cedera dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.