Saman Lim terhadap saya penganiayaan politik, penulis blog beritahu mahkamah

Saman Lim terhadap saya penganiayaan politik, penulis blog beritahu mahkamah

Wan Azri Wan Deris dakwa Lim Guan Eng dan anaknya, Clint Lim, tidak bertindak terhadap akhbar Cina yang menyiarkan artikel berkait dakwaan Clint ditahan di Singapura.

Lim Guan Eng dan anaknya, Clint Lim, saman Wan Azri Wan Deris pada 2021 berkait tuduhan bahawa Clint ditahan ketika cuba menyeludup RM2 juta ke Singapura.
KUALA LUMPUR:
Penulis blog, Wan Azri Wan Deris, beritahu Mahkamah Tinggi bahawa saman fitnah oleh Lim Guan Eng dan anak lelakinya terhadapnya adalah suatu bentuk penganiayaan politik.

Dia beritahu bahawa beberapa akhbar Cina menyiarkan artikel berkaitan dakwaan anak lelaki Guan Eng, Clint, ditahan di Singapura kerana cuba seludup wang tunai RM2 juta.

Namun Guan Eng dan Clint tidak bertindak terhadap akhbar berkenaan, dakwanya.

Guan Eng, yang juga bekas menteri kewangan, dan Clint saman Wan Azri pada 2021 selepas penulis blog itu menyebarkan tuduhan bahawa Clint ditahan ketika cuba menyeludup RM2 juta ke Singapura.

Wan Azri dakwa Guan Eng terbang ke Singapura pada 29 Feb 2020 untuk selamatkan Clint.

Guan Eng dan Clint menuntut ganti rugi daripada Wan Azri.

Sementara itu, Wan Azri menegaskan dia bukan ‘Papagomo’ dan tidak menguruskan akaun Facebook ‘Papa Azri’.

Wan Azri beritahu mahkamah dia mempunyai laman Facebook peribadi menggunakan nama lahirnya, tetapi ditutup oleh Facebook tahun lepas.

Peguam Guan Eng dan Clint, Simon Murali, bertanya kepada Wan Azri sama ada dia cuba mengesan pentadbir laman ‘Papa Azri’.

Wan Azri menjawab ada tetapi tidak dapat mengenal pasti orang itu.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Eddie Yeo bersambung pada 11 Dis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.