Felda bincang susun tanah Perasu untuk putih penempatan tak sah

Felda bincang susun tanah Perasu untuk putih penempatan tak sah

Pengerusi Ahmad Shabery Cheek maklum tentang situasi bekalan elektrik membabitkan kediaman yang dibina di atas tanah yang tak sah.

Pengerusi Ahmad Shabery Cheek bermesyuarat dengan JKKR hari ini tentang menyusun tanah di Perasu untuk diagihkan kepada generasi kedua. (Gambar Bernama)
GUA MUSANG:
Felda sedang membincangkan penyusunan tanah di Perasu untuk diagihkan kepada generasi kedua, yang akan memutihkan penempatan tak sah sekaligus membolehkan bekalan elektrik.

Pengerusi Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya bermesyuarat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan berhubung perkara ini, hari ini.

“Kalau kaedah ini berjaya semua penempatan tak sah boleh diputihkan,” katanya kepada FMT.

Shabery berkata beliau maklum tentang situasi bekalan elektrik membabitkan kediaman yang dibina di atas tanah yang tak sah.

Tangkap layar laporan FMT berhubung masalah penyambungan elektrik ke rumah dihadapi peneroka di Felda Sungai Terasu, semalam.

“Di Felda Perasu banyak rumah dibuat atas tanah yang tak sah.

“Kalau rumah tambahan atas tanah dalam lot sendiri sepatutnya tak ada masalah,” katanya.

Shabery menjelaskan Felda tidak boleh membenarkan peneroka membuat rumah di atas tanah yang tak sah.

“Membenarkan semua orang ceroboh tanpa kebenaran akan buka ‘floodgate’ seluruh negara di kawasan Felda,” katanya.

Beliau mengulas laporan FMT berkenaan seorang bekas guru yang merayu supaya dibenarkan menyambung bekalan elektrik ke rumahnya di Felda Perasu, yang didiami sejak lebih dua tahun lalu.

Marlida Mat Dan terpaksa mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membeli generator bagi mendapatkan bekalan elektrik, selain bahan bakar diesel yang kini meningkat kepada RM3.35 seliter sejak 10 Jun lalu di Semenanjung.

Peneroka generasi kedua itu mendakwa pihak pengurusan Felda tidak mengeluarkan surat kebenaran bagi membolehkan bekalan elektrik disambung ke kediamannya memandangkan status tanah tapak rumahnya masih di bawah syarikat berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.