Paderi ditahan disyaki amang seksual remaja 13 tahun

Paderi ditahan disyaki amang seksual remaja 13 tahun

Suspek berusia 27 tahun ditahan di sebuah restoran di Puchong semalam susulan aduan mangsa, menurut polis.

handcuff
Seorang paderi ditahan susulan aduan seorang remaja berusia 13 tahun bahawa dia diganggu secara seksual oleh suspek dari Jun hingga Julai lepas.
PETALING JAYA:
Seorang paderi ditahan kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah gereja dekat Puchong.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Puchong semalam selepas aduan diterima daripada mangsa kelmarin.

Tambahnya, suspek akan direman bagi tujuan siasatan.

“Pengadu menyatakan pada Jun hingga Julai (dia) telah diganggu secara seksual fizikal oleh suspek di dalam bilik tidur di sebuah gereja terletak di Bandar Bukit Puchong,” kata Wan Azlan dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.