
Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 50 tahun itu melihat satu iklan jualan kereta terpakai Perodua Alza di aplikasi berkenaan, Khamis lepas.
Beliau berkata mangsa yang tertarik bertindak menghubungi nombor Telegram itu untuk urusan jual beli dengan individu yang dikenali sebagai Shahrizan.
“Setelah berbincang mangsa bersetuju membeli kereta tersebut dengan harga RM26,000 dan membuat pembayaran penuh ke nombor akaun bank yang diberikan suspek.
“Bagaimanapun, setelah selesai membuat pembayaran, suspek meminta mangsa memasukkan sejumlah lagi wang untuk kos deposit kastam. Suspek berjanji akan memulangkan wang tersebut selepas semua urusan selesai,” katanya ketika dihubungi.
Azli berkata mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu telah membuat lima kali pembayaran ke dua akaun di dua bank berlainan.
Bagaimanapun, suspek masih ingin terus memperdaya mangsa dengan mengarahkannya memasukkan sejumlah wang lagi atas pelbagai alasan.
“Mangsa yang berasa ditipu enggan mengikut arahan berkenaan dan membuat laporan polis pada Ahad.
“Saya nasihatkan supaya orang ramai sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan yang bermacam-macam cara ini,” katanya.