‘Tak dengar apa-apa’, kata Anwar mengenai spekulasi rombakan Kabinet

‘Tak dengar apa-apa’, kata Anwar mengenai spekulasi rombakan Kabinet

Perdana menteri juga berkata ‘Insya-Allah’ apabila ditanya mengenai kemungkinan menteri besar dilantik sebagai menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata seorang menteri besar mungkin dilantik ke barisan Jemaah Menteri selepas pilihan raya akan datang.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan berlakunya kemungkinan rombakan barisan Jemaah Menteri susulan timbul desas-desus mengatakan seorang menteri penting akan digugurkan.

“Saya tidak dengar apa-apa,” katanya kepada media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, FMT yang memetik sumber PKR berkata seorang menteri dari parti itu mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan dari Jemaah Menteri.

Menurut sumber itu prestasi menteri terbabit telah ‘dipersoalkan’.

Seorang menteri besar pula dipercayai akan menjawat jawatan menteri, kata sumber itu.

Ketika diminta mengulas dakwaan menteri besar dilantik sebagai menteri, Anwar hanya berkata: “Selepas pilihan raya akan datang, insya-Allah.”

Terdahulu, satu lagi sumber daripada DAP turut mengesahkan desas-desus mengenai rombakan Jemaah Menteri yang mungkin berlaku pada penghujung Ogos, dengan beberapa timbalan menteri akan dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.

Manakala satu sumber korporat berkata pasukan menteri telah menyatakan rombakan yang akan berlaku sebagai alasan pembatalan saat akhir kehadiran menteri pada acara syarikat bulan ini.

Rombakan terakhir pada Disember menyaksikan saiz barisan Jemaah Menteri dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31.

V Sivakumar dari DAP telah dipecat sebagai menteri sumber manusia. Dua dilantik kembali sebagai menteri – Dzulkefly Ahmad dari Amanah sebagai menteri kesihatan dan Johari Ghani dari Umno sebagai menteri perladangan dan komoditi – manakala beberapa menteri bertukar portfolio.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.