
Jumlah ini bagaimanapun tidak termasuk 49 hektar lot tanah di Agropolitan Rantau Manis, katanya.
“Bilangan kelulusan untuk tanah rancangan ini, iaitu Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap sebanyak 334 (kelulusan), RKT Renok Baru (524) dan RKT Jeram Tekoh (290), serta Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Limau Kasturi sebanyak 173 kelulusan dan pendaftaran hak milik,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamed Fadzli berkata, pihaknya mendapati agensi itu tidak melaksanakan tugas menyerahkan lot tanah kepada peneroka bawah seliaan mereka.
“Menjadi tanggungjawab Kesedar pula untuk memberi hak milik tanah ini kepada peneroka mereka dan kami dapati itu tidak berlaku,” katanya di Pejabat PAS Gua Musang.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan untuk menyerahkan terus lot tanah kepada peneroka bawah seliaan Kesedar.
“Kita akan fikirkan untuk tubuhkan satu ‘task force’ atau jawatan kuasa (untuk) melihat kembali atas dasar kepentingan rakyat Nenggiri. Kalau perlu kita buat, kita akan buat.”
Menurutnya, dalam tempoh lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan, lebih 200,000 hektar tanah sudah diluluskan untuk rakyat negeri itu.
Orang Asli terbuka terima PN
Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli berkata, pengundi Orang Asli bukan lagi ‘deposit kekal’ Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRK Nenggiri 17 Ogos ini.
“Kalau sebelum ini, boleh dikatakan hampir 100% Orang Asli menyokong BN, menyebabkan mereka (BN) mengambil mudah kebajikan masyarakat itu.
“(Tetapi) mereka sudah terbuka terima PN, PAS, dan beri laluan kepada kami, sebab itu kami boleh masuk. Mungkin mereka baru tersedar selama ini ditipu BN.
“InsyaAllah, kami juga menerima cadangan supaya kerajaan negeri menubuhkan satu unit khusus untuk menjaga kebajikan Orang Asli,” katanya.
Beliau mengulas dakwaan Timbalan Ketua Umno Gua Musang Mohd Syahbuddin Hashim bahawa PN terdesak meraih undi Orang Asli.
Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa PN kini menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada masyarakat Orang Asli, sedangkan beliau tidak nampak PN cuba menyelesaikan masalah masyarakat itu dengan serius.
Bandar Perabot
Mohamed Fadzli berkata, projek Bandar Perabot di Gua Musang masih dibuka kepada pelaburan.
Katanya, proses itu nampak perlahan kerana negara dilanda Covid-19 selepas pelancarannya menyebabkan ia tertangguh.
“Bandar ini kita tidak boleh jangka bila siap kerana ia berkembang dari semasa ke semasa. Sebenarnya isu berkait Bandar Perabot ini telah dijawab kerajaan negeri semasa sidang DUN lepas. Bukan sekali dijawab, tetapi lebih.”