Wanita ditikam suami keluar hospital

Wanita ditikam suami keluar hospital

Media lapor seorang wanita ditikam suami sebelum lelaki itu bertindak minum racun.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata suami mangsa kes tikam di Bahau masih dirawat dan akan ditahan untuk siasatan lanjut. (Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Wanita yang cedera ditikam suami dalam kejadian di Bahau semalam dibenarkan pulang pagi tadi selepas menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata suami mangsa yang juga suspek dalam kejadian itu bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Jempol dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih belum boleh bercakap.

“Lelaki berumur 32 tahun itu akan ditahan untuk siasatan lanjut selepas ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun cedera selepas ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri, dipercayai akibat perselisihan faham sebelum lelaki itu bertindak meminum racun rumpai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.