Polis masih buru suspek bunuh 3 sekeluarga di Pagoh

Polis masih buru suspek bunuh 3 sekeluarga di Pagoh

Suspek berusia 48 tahun disyaki bunuh dua orang tuanya dan anak saudara berusia 11 tahun.

Raiz Mukhliz
Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal Honda Wave berwarna merah. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Jumaat lalu, dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek, Azman Mohamed Nor, 48, dipercayai bersembunyi di daerah berdekatan.

“Berdasarkan maklumat, suspek melarikan diri setelah kejadian tersebut (dipercayai membunuh tiga ahli keluarganya) sebelum membakar rumah, kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

“Suspek dipercayai masih berada di negeri Johor dan polis tidak menolak kemungkinan bersembunyi di di Tangkak, Segamat atau Batu Pahat,” katanya kepada Bernama di Muar.

Raiz Mukhliz berkata, hasil semakan pihaknya, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Azman menjadi buruan kerana disyaki membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, berusia 11 tahun, dalam kejadian pada 1.30 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.