Pengarah, timbalan agensi kerajaan ditahan SPRM

Pengarah, timbalan agensi kerajaan ditahan SPRM

Mereka antara empat individu didakwa terlibat rasuah lulus tuntutan kerja mempunyai butir matan palsu.

macc
Pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan di Melaka direman satu hingga tiga hari, berkaitan kes rasuah tahun lalu.
MELAKA:
Empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan di Melaka direman satu hingga tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah tahun lalu.

Tiga lelaki dan seorang wanita berusia 34 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang semalam, selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka berhubung siasatan berkaitan rasuah bagi meluluskan tuntutan kerja di jabatan itu yang mempunyai butiran matan palsu.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie mengesahkan tangkapan ke atas semua suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rafidah Che Aziz membenarkan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 13 Ogos terhadap tiga suspek, manakala seorang lagi direman selama sehari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.