
Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata wanita berusia 30 tahun itu ditikam dua kali oleh suaminya di rusuk kiri dengan sebilah pisau.
“Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik lelaki mangsa pada 9.30 pagi Sabtu.
Menurutnya, polis kemudian menerima makluman daripada kakak suspek bahawa lelaki itu minum racun rumpai di kebun durian Jelebu pada 2.30 petang dan kini dirawat di Hospital Jempol.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.