
Lima lagi mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita diselamatkan bot nelayan lain yang kebetulan melalui lokasi kejadian kira-kira 6.30 pagi tadi. Identiti semua mangsa terbabit belum diketahui.
Berita Harian melaporkan semua mangsa berasal dari Gombak, Selangor dan Raub di Pahang itu dikatakan menyertai aktiviti memancing dengan menaiki sebuah bot nelayan dari Jeti Bukit Kuang Kemaman, kira-kira 5 petang semalam.
Ketika kejadian, bot itu dipercayai sedang berlabuh untuk memancing dan dikatakan tiba-tiba dilanggar sebuah tongkang.
Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata semua mangsa berusia 23 hingga 70 tahun dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
“Kami percaya ketika kejadian, semua mangsa sedang tidur sebelum bot mereka dikatakan dilanggar tongkang terbabit yang menyebabkan mangsa tercampak ke laut.”
Menurutnya, semua mangsa terselamat dikatakan sempat berpaut pada tong plastik dan barangan terapung.