BN ambil masa sediakan manifesto mampu dilaksana

BN ambil masa sediakan manifesto mampu dilaksana

Azmawi Fikri Abdul Ghani mengingatkan orang muda tidak mahu retorik.

azmawi
Calon BN PRK Nenggiri, Azmawi Fikri, bermain bola bersama penduduk Nenggiri. (Gambar Bernama)
GUA MUSANG:
Calon Barisan Nasional berkata beliau akan mengumumkan manifesto yang benar-benar mampu dilaksanakan.

Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata penyediaan manifesto itu mengambil masa kerana ia sedang dibincangkan dengan pimpinan BN.

“Saya tak nak manifesto sekadar manifesto,” katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Asap B, selepas acara bola sepak bersama penduduk.

“Bila kita berjaya kena laksanakan manifesto… orang muda tak nak retorik.”

Azmawi menambah beliau perlu bekerja lebih keras lagi selepas seminggu berkempen.

Calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail, dijangka akan mengumumkan manifesto sempena PRK Nenggiri, esok.

Mengulas mengenai penyediaan mesin juruwang automatik (ATM) di Nenggiri yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, Azmawi berkata ia merupakan suatu keperluan mendesak bagi masyarakat di situ.

“Orang DUN Nenggiri memerlukan banyak tunai. Ia tak seperti di bandar. Luar bandar banyak menggunakan tunai. ATM amat perlu,” katanya

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan keahlian bekas penyandangnya, Azizi Abu Naim, digugurkan oleh Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.