
Perintah reman selama empat hari sehingga 12 Ogos terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia 40 hingga 50-an itu dikeluarkan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan sahaja disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta tetapi ketiga-tiganya turut dipercayai terlibat dalam menubuhkan sebuah syarikat yang tidak diluluskan oleh ahli lembaga pengarah bagi tujuan menjalankan projek kerjasama yang bernilai kira-kira RM258 juta.
“Selain itu, mereka juga disyaki terlibat menyeleweng dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat tersebut bernilai kira-kira RM3 juta,” katanya.
Menurut sumber, semua suspek ditahan sekitar 7 petang hingga 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di SPRM Putrajaya.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.