
Sanusi berkata terdapat garis panduan untuk konsert di Kedah agar tidak melanggar adat dan susila.
“Antara syaratnya jangan menjolok mata, artis yang sesuai. Boleh, bukan tak boleh. Ikut kesesuaian. Tak langgar adat dan susila. Kita bukan anti konsert… saya galakkan artis lelaki, artis perempuan seksi tak boleh. Tak sesuai adat dan budaya,” katanya selepas majlis pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 di Menara Kuala Lumpur, malam tadi.
Pada 2022, Kedah menghentikan kebenaran penganjuran konsert secara terbuka.
Pada Feb 2024, suatu konsert hip hop di Alor Setar mencetuskan kontroversi kerana membabitkan kelakuan tidak sopan anak muda.
Penganjur kemudian memohon maaf berikutan konsert tersebut tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri.
Dalam perkembangan lain, Perikatan Nasional belum mengadakan perbincangan berkenaan PRK DUN Mahkota di Johor, susulan kematian penyandang Syarifah Azizah Syed Zain.
“Belum bincang. Tunggulah writ SPR. Relaks dulu. Baru berlaku kematian. Jangan tergopoh-gapah, sabar sedikit,” kata Sanusi, yang juga ketua pengarah pilihan raya PN.