
Ketua pengarah pilihan raya PN dan PAS berkata, rundingan kerusi selesai dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi oleh pimpinan tertinggi parti.
“Kita sedang ‘finalize’ kerusi akan ditandingi. Rundingan sudah dimuktamadkan, cuma saya tidak boleh maklum lagi sehingga diumumkan oleh parti.
“Sudah ‘settle’ semua pembahagian kerusi antara parti-parti komponen PN, nanti saya umum berapa kerusi masing-masing,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 1,000 penerima di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Menteri besar Kedah berkata, pengumuman rasmi mengenai calon dan kerusi dijangka dibuat sebelum tarikh penamaan 15 Nov ini.
“Sabar…sabar…biar suspense sikit. Kalau saya bagi tahu semua hari ini, nanti tak ada berita dah. Apa pun kerja-kerja pilihan raya sudah bermula dari sekarang. Sebelum penamaan calon nanti akan ada majlis pengumuman calon dan kerusi yang kita tandingi,” katanya.
PRN Sabah akan diadakan pada 29 Nov dengan undi awal 25 Nov.