
Ketua Polis Labuan, Mohd Hamizi Halim, berkata dua lelaki berumur 25 dan 27 tahun itu ditahan dalam Op Lusuh.
“Kabel terbabit dilaporkan hilang pada 30 Julai. Dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan di stesen itu,” katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kabel dicuri itu dijual kepada premis besi buruk berdasarkan resit dijumpai dan dua lelaki terbabit turut positif methamphetamine.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Kanun Keseksaan.”
Dalam kes berasingan, Hamizi berkata, tujuh remaja ditahan 27 Julai lalu berhubung kecurian empat motosikal sepanjang bulan lepas.
Beliau berkata, semuanya yang berumur 14 hingga 18 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.