Manfaat potensi besar nadir bumi, kata Anwar

Manfaat potensi besar nadir bumi, kata Anwar

Perdana menteri juga menggesa kerjasama dengan pemain antarabangsa bagi membangunkan rantaian industri REE dalam negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penguatkuasaan perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi, yang boleh merencat pembangunan industri REE dan hasil negara. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE) terutamanya daripada sumber tempatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Anwar menegaskan kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

“Aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi, yang akan mengurangkan hasil kepada kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara.

“Mesyuarat juga meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global,” kata beliau menerusi hantaran di laman media sosialnya.

Anwar berkata kerajaan yakin usaha-usaha ini akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.