
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan.
“Polis terima laporan dan kes dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang iaitu Amir Syaffiq Hamzah mengesahkan bahawa laporan itu dibuat pada 26 Julai lepas.
Beliau berkata semakan mendapati individu terbabit belum dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan sudah dipanggil oleh polis untuk proses rakam keterangan di ibu negara.