
PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan ke atas kes tiga kanak-kanak menaiki kenderaan dipandu seorang daripadanya tanpa pengawasan orang dewasa di kawasan perumahan Sepang, Selangor.
Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Satu kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, akhbar itu melaporkan polis sudah mengenal pasti ibu bapa tiga kanak-kanak itu, dengan seorang daripadanya memandu kereta tanpa pengawasan orang dewasa.
Wan Kamarul Azran dilaporkan mengesahkan video tular di WhatsApp itu berlaku di daerahnya.
Dalam video itu, seorang wanita menegur remaja lelaki 14 tahun yang didakwa memandu Perodua Viva.