Trafik sesak 8km, nahas 3 kenderaan di Sg Buaya

Trafik sesak 8km, nahas 3 kenderaan di Sg Buaya

PLUS memaklumkan kerja pengalihan kenderaan kemalangan masih dilakukan.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di KM441.2 Lebuh Raya Utara-Selatan pagi tadi. (Gambar Plus)
PETALING JAYA:
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di KM441.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pagi tadi menyebabkan aliran trafik sesak 8 kilometer dari arah Sungai Buaya ke Rawang.

Setakat 8.15 pagi tadi, PLUS menerusi akaun X @plustrafik memaklumkan kemalangan itu menyebabkan trafik kedua-dua arah bergerak perlahan.

“Lorong kiri, tengah dan kanan arah selatan serta lorong kanan dan tengah arah utara masih terhalang.

“Kerja pengalihan kenderaan kemalangan sedang dijalankan. Trafik sesak 8 kilometer (km) arah selatan dan perlahan 4km arah utara,” katanya, menurut Berita Harian.

Justeru, PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan.

“Sila guna laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan. Sila rancang perjalanan anda. Pandu cermat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.