2 rakan maut kereta rempuh tiang elektrik di Maran

2 rakan maut kereta rempuh tiang elektrik di Maran

Polis berkata mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia maut dilokasi kejadian.

garisan polis police line
Ketua Polis Maran Wong Kim Wai berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki dua rakan itu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh tiang elektrik.
PETALING JAYA:
Dua rakan maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dalam kemalangan di Jalan Besar Jengka 12 di Maran, malam tadi.

Ketua Polis Maran Wong Kim Wai berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 10 malam itu dikenali sebagai Mohamad Arif Danial Ramli, 23, dan Mohamad Ali Mohamed Saat, 31.

Katanya, ketika kejadian mereka menaiki kereta Perodua Axia dari arah Jengka 13 menghala ke Bandar Pusat Jengka.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dipercayai rakan dan berasal dari Jengka 11 serta Jengka 12.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Norhafizul Abd Halim di talian 010-5752075 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.