MoF nafi hantar WhatsApp gaji penjawat awam naik

MoF nafi hantar WhatsApp gaji penjawat awam naik

Kementerian Kewangan menasihatkan orang awam berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

MOF
Kementerian Kewangan minta orang awam layari portal dan ikuti saluran media sosial rasminya untuk maklumat terkini dan sahih. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan pesanan di aplikasi WhatsApp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai dan mengatakan ia adalah palsu.

Justeru, Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dan sahih,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% bermula Disember ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.