Chegubard ditahan berkait catatan isu rasuah TLDM, kata peguam

Chegubard ditahan berkait catatan isu rasuah TLDM, kata peguam

Rafique Rashid Ali berkata ahli jawatankuasa Penerangan Bersatu itu ditahan di IPD Putrajaya pada 3 petang tadi.

Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali Chegubard disiasat berhubung catatannya di Facebook. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Badrul Hisham Shaharin daripada Bersatu, yang lebih dikenali Chegubard ditahan, dipercayai berhubung dakwaannya mengenai isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Peguam Rafique Rashid Ali mengesahkan ahli jawatankuasa Penerangan Bersatu itu ditahan di IPD Putrajaya pada 3 petang tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Sekyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan adalah berkaitan pendedahan Chegubard atas dakwaan isu korupsi dan rasuah oleh pegawai tertinggi TLDM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis juga akan memohon perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9 pagi esok.

Terdahulu, Chegubard mendakwa polis menyerbu rumahnya pada Jumaat namun beliau tiada di rumah kerana berada di Tambun.

Beliau mendakwa tindakan itu susulan catatannya di Facebook yang mendedahkan dokumen sulit berhubung kegiatan rasuah membabitkan pegawai tinggi kanan TLDM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.