
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang terbabit dikeluarkan daripada tiga akaun simpanan tetap melibatkan 108 transaksi sejak 14 Feb 2023 hingga 24 Jun 2024.
“Siasatan sedang dijalankan kerana kita dapati kebanyakan wang telah digunakan, selain dipindahkan ke akaun milik saudara-mara, kenalannya serta syarikat.
“Seorang mangsa yang merupakan pendeposit berusia 69 tahun menyedari wangnya dikeluarkan pada 5 Julai sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak bank,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini.
Ramli memaklumkan siasatan kes itu tetap diteruskan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, walaupun suspek telah meninggal dunia.
“Hasil siasatan perlu disudahkan, jadi kita masih teruskan siasatan ini, termasuk mereka (pemilik 11 akaun) yang menerima wang terbabit.?
Media sebelum ini melaporkan satu lagi kes kehilangan wang daripada akaun bank melibatkan kerugian lebih RM2 juta dikesan pada 9 Julai lepas.
Kegiatan kerani itu hanya terbongkar apabila dua pemilik akaun simpanan ke bank membuat pengeluaran wang pada 27 Jun.
Tetapi, pendeposit mendapati sebahagian daripada sijil akaun simpanan mereka sudah ditutup dan menafikan pernah membuat penutupan atau mengeluarkan wang daripada akaun.