
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Julai 2024 dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang bernilai kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan beli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.
“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat perlantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima 5% daripada keuntungan tahunan syarikat,” kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.