Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air

Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air

Tindakan henti tugas empat loji rawatan terpaksa dibuat susulan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

lori air selangor tanker
Air Selangor berkata, bantuan alternatif melalui lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas.
PETALING JAYA:
Lebih 100 kawasan di tujuh wilayah di Selangor termasuk Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air hari ini akibat henti tugas sementara di empat loji rawatan air (LRA) di Sungai Selangor.

Air Selangor berkata, LRA Rantau Panjang; LRA Sungai Selangor Fasa 1; LRA Air Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Menurutnya, tujuh wilayah yang terjejas adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.

“Air Selangor sedang berusaha untuk meminimumkan impak kepada pengguna.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya dalam kenyataan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini semua platform media sosial Air Selangor atau hubungi talian 15300.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.