Suami ditahan selepas selisih faham, polis rampas pistol, 18 peluru

Suami ditahan selepas selisih faham, polis rampas pistol, 18 peluru

Polis berkata, hasil ujian air kencing suspek didapati negatif dan suspek tiada rekod jenayah lampau.

Polis berkata, suspek direman tujuh hari hingga 26 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sepucuk pistol Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus, berkata polis menerima laporan pada hari sama daripada isteri suspek mendakwa mereka berselisih faham dan suaminya memiliki sepucuk pistol.

“Pemeriksaan di kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing suspek didapati negatif dan suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga 26 Julai ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.