
Pemangku Ketua Polis Sabak Bernam, Khalid Mohamad, berkata mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui kira-kira 5.20 petang, semalam.
Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada seorang pemilik bot pada 3.38 petang.
Katanya, mangsa dilaporkan hilang pada 6 pagi kelmarin dan kejadian dikatakan berlaku di kedudukan dua batu nautika dari Pantai Redang yang menyaksikan tiga kru diselamatkan bot berhampiran.
“Polis terima maklumat daripada pemilik bot nelayan menyatakan ada mayat tersangkut pada jaring sebelum dibawa naik pasukan bomba.
“Pasukan perubatan Klinik Kesihatan Sekinchan kemudian mengesahkan kematian mangsa,” katanya kepada Kosmo.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam untuk bedah siasat.