
Berada di Kuala Lumpur bersama isterinya, Ho Ching, untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini, Lee mendoakan yang terbaik untuk baginda dalam peranan baharu ini.
“Berbesar hati hadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim (hari ini).
“Sultan Ibrahim dan saya ialah sahabat lama yang saling mengenali sekian lama,” kata bekas perdana menteri Singapura itu di Facebook.
Lee berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Mei, ketika Sultan Ibrahim datang ke Singapura dalam lawatan negara pertama sebagai Agong.
“Baginda dengan baik hati memanjangkan jemputan kepada saya ketika itu,” tambahnya.
Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) dalam kenyataan pada Khamis berkata, Lee adalah antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang diundang oleh Sultan Ibrahim untuk menghadiri istiadat pertabalan itu.
Lee juga dijadualkan menghadiri Santapan Diraja malam ini.