Malaysia dapat sokongan India lawan kempen anti minyak sawit

Malaysia dapat sokongan India lawan kempen anti minyak sawit

Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani berkata minyak sawit adalah minyak makan paling produktif dengan menjana hasil tinggi pada kos rendah.

WORKER HARVESTING PALM FRUIT
Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani, berkata kelapa sawit hanya ditanam kurang 8% daripada keluasan tanah dikhaskan untuk pertanian, namun hasilnya 32% minyak benih utama.
PETALING JAYA:
Malaysia mendapat sokongan India yang menjadi pengimport terbesar minyak sawit dunia dalam usaha memerangi kempen anti komoditi itu yang dicanang Barat.

Dalam pertemuan meja bulat di New Delhi dihadiri Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani dan Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA), semalam, menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pendirian Malaysia.

Johari berada di India dalam lawatan dua hari, bermula 17 Julai.

Presiden IVPA Sudhakar Desai, berkata kempen berterusan anti minyak sawit menimbulkan ancaman terhadap komoditi itu, yang menjadi bahan asas kepada 1.4 bilion pengguna di India.

Johari Ghani.

Beliau menggesa dilaksanakan kempen bersasar, menumpukan kepada pencerahan berkait kemampanan dan manfaat ekonomi minyak sawit, bagi mengekang kebimbangan perubahan iklim dan penebangan hutan.

Katanya, satu lagi pendekatan adalah bekerjasama dengan golongan pemikir dan institusi kajian menekankan kajian tidak berat sebelah berhubung komoditi berkenaan.

Dapatan tersebut perlu dijadikan sebahagian daripada kempen pemasaran dan galakan demi membina keyakinan pengguna ke atas minyak sawit, kata Sudhakar.

Berucap pada sesi dialog meja bulat, Johari berkata minyak sawit merupakan minyak masakan paling cekap dari segi produktiviti dan guna tanah.

Katanya, pokok kelapa sawit ditanam kurang 8% daripada jumlah keluasan tanah dikhaskan bagi tanaman, namun menghasilkan 32% minyak benih utama.

“Disebabkan kosnya yang rendah, hasil sejadinya tinggi, dan ketersediaan yang konsisten, minyak sawit mengeluarkan hasil tertinggi antara minyak sayuran, menghasilkan 3.3 tan bagi sehektar berbanding kacang soya (0.5), bunga matahari (0.8), dan biji serai (0.8),” katanya dalam kenyataan.

Johari berkata, India akan berterusan menjadi rakan dagang utama Malaysia, yang kekal komited membekalkan negara Asia Selatan itu dengan minyak sawit berkualiti tinggi dihasilkan secara mampan.

Peraturan Produk Bebas Penebangan hutan Kesatuan Eropah (EUDR) diperkenalkan November 2021, menyasar untuk menghadkan penebangan hutan akibat penggunaan komoditi dan produk pertanian di seluruh dunia.

EUDR menyenaraikan kelapa sawit antara komoditi mendorong penebangan hutan dan degradasi hutan menerusi perluasan tanah pertanian.

Malaysia mengeksport minyak sawit dan produk komoditi itu ke India melibatkan 3.3 juta tan tahun lalu, bernilai USD3 bilion, atau 13% daripada eksport minyak sawit negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.