Gangguan IT global: Segala langkah tangani masalah diambil

Gangguan IT global: Segala langkah tangani masalah diambil

Kementerian Digital pantau rapat gangguan IT global yang menjejaskan banyak syarikat di serata dunia.

Menteri Gobind Singh Deo berkata Kementerian Digital terima beberapa laporan gangguan dan kini dalam proses pembaikan.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Digital sedang memantau rapat situasi berkaitan gangguan perkhidmatan sistem teknologi maklumat (IT) di seluruh dunia hari ini, yang dilaporkan menjejaskan banyak syarikat penerbangan, perniagaan, dan organisasi.

Menteri Gobind Singh Deo berkata kementerian itu menerima beberapa laporan gangguan dan kini dalam proses pembaikan.

“Segala langkah sedang diambil bagi menangani masalah ini dan menyelesaikannya dengan kadar segera,” katanya di X.

Terdahulu, Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) turut memaklumkan gangguan yang menjejaskan pengguna Microsoft di seluruh dunia itu memberi kesan kepada pelbagai sektor kritikal seperti saluran televisyen, lapangan terbang, dan bank.

Terdahulu, media melaporkan institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara terjejas akibat gangguan siber itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.