
Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) menerusi infografik dikongsi di Facebook berkata, bas itu akan mengambil penumpang dari dua lokasi iaitu Park&Ride serta Parkir Rekascape, Cyberjaya dan menghantar mereka ke lokasi majlis di Cyber Event Hall, Cyberjaya.
Bas itu disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa dari 8 pagi hingga 5.30 petang, menurut Bernama.
Pelbagai acara, persembahan dan pertandingan bakal diadakan pada majlis itu bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui format karnival komuniti.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan melalui laman sesawang www.merdeka360.my serta media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram, X dan TikTok.