
Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata kertas siasatan itu diserahkan Jumaat lalu.
“Kita sudah merekod keterangan pelakon terbabit selain mangsa serta kakaknya.
“Kertas siasatan telah pun diserah ke TPR Jumaat lepas untuk keputusan seterusnya,” katanya menurut Sinar Harian.
Dalam kejadian 7 Julai lalu, pelakon terbabit didakwa memukul teman wanitanya kira-kira 3 pagi.
Mangsa dikatakan keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.
Pelakon berusia 37 tahun itu kemudian meminta wanita berkenaan datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.
Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya itu sebelum memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.