Kenaikan gaji penjawat awam diumum 16 Ogos

Kenaikan gaji penjawat awam diumum 16 Ogos

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pengumuman khas itu akan dibuat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Jabatan Perkhidmatan Awam menyeru penjawat awam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja sejajar kenaikan gaji baharu nanti.
PETALING JAYA:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan kenaikan gaji 2.3 juta penjawat awam akan diumumkan pada 16 Ogos ini.

“Min tahu mesti semua pegawai awam tengah sibuk dan teruja kira gaji baharu kan?

“Sambil kita menghitung hari pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada 16 Ogos 2024 yang akan berlangsung di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya),” kata JPA dalam catatan X.

JPA turut menyeru penjawat awam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja sejajar kenaikan gaji baharu nanti.

Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% mulai 1 Dis ini, tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Tetapi, katanya kenaikan gaji kepada penjawat awam tertentu boleh dikecualikan jika tidak menunjukkan prestasi membanggakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.