
Langkah ini menyusuli titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada Isnin bahawa pengurangan keistimewaan tersebut sebelum ini memberi kesan kepada daya tarikan Langkawi, dan mahu kerajaan pertimbang mengembalikan keistimewaan asal.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu pernah dibangkitkan, berikutan permintaan pelbagai sektor.
“Saya sudah minta menteri kewangan II melihat keseluruhannya, di mana boleh dibantu semula kerana kos di Langkawi sudah agak tinggi dan ini dengan sendirinya tidak dapat menarik pelancong, termasuk domestik,” katanya kepada pemberita seusai solat Jumaat.
Rokok dan produk tembakau disenaraikan sebagai barangan kena cukai di Langkawi dan di pulau bebas cukai lain sejak Jan 2021.
Tahun lalu, bagi menangani isu pemilik kenderaan mewah mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi, kerajaan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa Januari tahun ini.