
PETALING JAYA: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemui maut di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.
Mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemui kira-kira 6 petang, dipercayai dibunuh individu dikenalinya.
“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan menurut Harian Metro.
Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Sarawak pada 1.56 pagi 10 Julai lalu.
Kali terakhir bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris itu dilihat berpakaian korporat biru, bertudung dan berseluar slack hitam.