Peguam tak tahu kenapa Wan Azri ditahan selepas bicara kes hasutan

Peguam tak tahu kenapa Wan Azri ditahan selepas bicara kes hasutan

Rafique Rashid Ali berkata polis menahan penulis blog itu sejurus selepas perbicaraan hari ini.

Peguam tidak pasti kenapa anak guamnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, ditahan hari ini.
PETALING JAYA:
Peguam tidak tahu kenapa Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan sejurus selepas perbicaraannya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Rafique Rashid Ali berkata anak guamnya ditahan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Mereka memaklumkan kepada Wan Azri di hadapan kami bahawa dia ditahan kerana satu lagi laporan polis berhubung dakwaan hasutan yang berasingan.

“Kami tak tahu sifat khusus dakwaan yang disebut dalam laporan polis itu,” katanya kepada FMT.

Tetapi, Rafique berkata butiran dakwaan hasutan terbaharu itu dijangka diketahui esok, apabila Wan Azri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dang Wangi.

Terdahulu, Wan Azri menghadiri hari kedua perbicaraan kes hasutan berhubung suatu catatan Facebook, dikatakan menuduh kerajaan pro-Israel dan pro-Barat.

Pada 8 Jan lalu, dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan di laman Facebook Halid Hamidi (Halid Mat Kool).

Catatan itu dilihat seorang individu pada 1 tengah hari 8 Nov 2023.

Wan Azri didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.